Rabu, 16 Mei 2012
Selasa, 15 Mei 2012
Warna Bertindak
Pengetahuan tentang warna bertindak amat penting dalam menghasilkan seni dan komunikasi (grafik) seperti logo, poster, kulit buku, corak dan sebagainya agar kesan yang tertentu dapat dihasilkan. Bagi menghasilkan seni grafik, sekiranya pemilihan warna pada sesebuah karya yang tidak sesuai akan mengakibatkan karya tersebut gagal menarik perhatian dan menyampaikan mesej daripada seni grafik tersebut.
Contohnya jika sebuah poster menggunakan warna latar belakang serta ilustrasi yang seakan-akan sama dengan kapsyen/muka taip (tajuk poster) sudah pasti poster tersebut gagal memperlihatkan mesej yang hendak disampaikan disamping gagal menarik perhatian orang ramai dan hanya merugikan. Warna yang bertindak negatif juga akan menyebabkan tiada kesan keterbacaan jika dilihat dari jarak yang jauh. Ini menyebabkan penonton tidak akan membaca poster tersebut sekaligus poster tersebut gagal berfungsi bagi menyampaikan mesej.
Makna Warna Bertindak
1. Warna yang sama pada latar belakang yang berlainan akan menimbulkan kesan yang berbeza.
2. Apabila dua warna menimbulkan kontra yang jelas dan ketara, tindakan positif dihasilkan.

Peralatan Melukis
*Pensil digunakan untuk membuat lakaran asas bentuk @ rupa
*Pen dakwat digunakan untuk membuat pelbagai garisan / lorekan bagi memperlihatkan struktur objek yang dilukis.
*Pen pelbagai saiz mata digunakan bagi memperlihatkan jenis garisan yang digunakan.
*Apabila membuat garisan / lorekan, pen hendaklah dikawal sebaik-baiknya untuk memdapatkan kesan yang dikehendaki.
*Garisan/ lorekan perlu dibuat dengan konsisten
Langgan:
Catatan (Atom)